PENGENALAN Score A Programme™

PENGENALAN Score A Programme™

PENYELESAIAN PENDIDIKAN YANG ANDA CARI-CARI SELAMA INI: 

 Penyelesaian Yang Sungguh Hebat
Anak/Pelajar Score A,  IbuBapa/Kita Score RM
(RM30,000 sebulan dalam masa 3 bulan)
ZAMAN SEDANG BERUBAH…

Sudahkah ANAK ANDA bersedia menghadapi PERSAINGAN PELAJARAN?
Sudahkah ANDA bersedia menghadapi KEGAWATAN EKONOMI?
Score A Programme™ menyediakan peluang untuk
anak/pelajar menjadi cemerlang di dalam pelajaran (di samping enjoy belajar), dan .......ibubapa/kita menjadi gemilang di dalam bisnes

Pengenalan
Score A Programme™ diwujudkan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh ibubapa dan pelajar sendiri seperti:-

 
Sikap Para Pelajar:-

  • Merasa beban dan bosan untuk belajar cara konvensional yang hanya menggunakan buku sebagai medium menuntut ilmu;
  • Tiada motivasi untuk menjadi pelajar cemerlang;  
  • Tiada minat untuk membaca buku dan membuat buku latihan; 
  • Selalu menghabiskan masa di depan komputer dengan chatting, bermain game dan melawat laman-laman web yang tidak berfaedah
  • Tidak mendapat perhatian ibu bapa yang sibuk bekerja. 
  • Badan terlalu penat untuk ulangkaji 
  • Mata cepat penat semasa di sekolah atau tika mengulangkaji pelajaran... 
  • Bila mak ayah tanya ada masalah tak, tak tahu nak jawab apa sebab tak tahu sebab-musabab kenapa masih tak dapat pencapaian yang di target. 
  • Masa disuruh belajar...fikiran tengah penat..tak dapat nak masuk apa yang dibelajar..tapi sebab nak jaga hati maka ayah punya pasal..study jerlah!

Masalah Ibu bapa:-

  • Tidak dapat menilai pencapaian akademik anak anda;
  • Tidak dapat memberi perhatian kepada kerja rumah dan ulangkaji anak anda;
  • Tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan anak;
  • Anak hanya membawa balik kad laporan 2 kali setahun;
  • Kurang pasti akan persediaan peperiksaan anak anda;
  • Anak anda menghadapi tekanan/ takut peperiksaan justeru hilang minat untuk belajar;
    Membelanjakan wang yang banyak tetapi anak masih gagal memperolehi keputusan diharapkan; juga
  • Kekurangan interaksi ibubapa dengan anak-anak.
 Don't worry wahai adik-adik yang masih belajar...juga jangan bingung wahai ibubapa/penjaga prihatin & tak lupa pada insan-insan yang mencari-cari pendapatan tambahan....saya ada PENYELESAIAN/SOLUTION buat anda semua!!!!! yabedabeduuuuuu!!!!
Jom teruskan untuk dapatkan maklumat penyelesaian mana yang anda cari-cari..... 

Score A Programme™ ialah program Webucation (gabungan website dan education) yang pertama di Malaysia.

Webucation – The Sunrise Business
WEBUCATION, the fast growing Business Opportunity
In Forbes Magazine, Peter Drucker calls webucation "The Next Mega Trend." He states it will be the next Multi-Billion if not Trillion Dollar Industry. For those of you who don't know Peter Drucker; he is a highly respected worldwide management consultant guru and author of over 25 books on Business and Management

Mengikut kajian para pakar ekonomi dunia, seperti Peter Drucker, ‘Webucation’ adalah merupakan peluang perniagaan yang paling berpotensi untuk masa hadapan bahkan lebih berpotensi dari Makanan Kesihatan dan Komunikasi. Perniagaan seperti ini dikategorikan sebagai Ekonomi Matahari Terbit dimana ia mempunyai peluang yang cerah untuk berjaya dalam satu jangkamasa yang panjang.

Di Malaysia pula, Kerajaan telah mensasarkan semua sekolah menjadi sekolah Bestari dimana pada ketika itu, para pelajar akan belajar melalui laman web dan portal pendidikan seperti Score A Programme. 
  1. Score A Programme -Output Learning/ Latih tubi Menjawab Soalan
  2. Score A i-Teacher-Input Learning/Memahami pelajaran
  3. Score A MathVictory- Pembelajaran secara efektif bersama tutor HEBAT melalui video
  4. Kenshido Optiberry- Supplemen untuk kecerdasan, kecergasan, kesihatan dan kecantikan
 Sejarah Penubuhan Score A Programme™
  • Dibangunkan oleh Kenshido International Sdn. Bhd. (dulu dikenali sebagai Edu-2u Portal Sdn. Bhd.) pada tahun 1999.
  • Pelopor yang terunggul dalam Portal Pendidikan.
  • R&D selama 3 tahun. Modal RM4.5 juta bagi mencipta perisian.
  • Pada tahun 2002, telah dilancarkan di 14 buah Sekolah Bestari di Malaysia. Diberikan secara percuma untuk di uji kerberkesanannya. Projek ini telah mendapat kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Hasil daripada percubaan sistem ke atas Sekolah Bestari ini selama 3 tahun iaitu daripada 2002 sehingga 2005, 93% pelajar-pelajar yang menggunakan Score A Programme™ telah mendapat pencapaian cemerlang 5A di dalam UPSR dan 8A di dalam PMR iaitu 100% A.
  • Dipasarkan secara berperingkat sejak pelancarannya pada tahun 2002.
Setelah mendapat keputusan yang cemerlang dan diiktiraf oleh kerajaan, pada tahun 2006, Score A Programme™ telah dipasarkan secara meluas melalui konsep jaringan pemasaran iaitu MLM (Multi Level Marketing) agar lebih ramai masyarakat dapat menyedari kewujudan produk pembelajaran yang hebat ini di samping memberi peluang ke arah peningkatan ekonomi.

 SOALAN LAZIM SCORE A PROGRAMME
 Apakah Score A Programme™ ?
  • Score A Programme™ adalah satu program interaktif yang komprehensif dan terbukti keberkesanannya untuk membantu para pelajar bersiap sedia dalam menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan.
Mengapa pelajar memerlukan Score A Programme™?
Score A Programme™ telah direka khas secara terperinci bagi menyediakan pelajar suatu kaedah pembelajaran yang sempurna untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan. Dengan mengikuti Score A Programme™, pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi akademik mereka sendiri dengan mudah dan lebih berkesan. Dengan ini, mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari di sekolah. Score A Programme™ memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri dan sikap positif.

Adakah Score A Programme™ akan membebankan anak saya?
Tidak. Score A Programme™ bukan satu pengulangan kaedah Pembelajaran Input, dan dengan itu tidak akan membebankan anak anda.


Kenapa eReport Card dalam Score A Programme™ penting?
eReport Card merupakan satu ciri yang MESTI ADA di dalam Score A Programme™. Ini adalah untuk memberi maklumat yang terkini kepada ibu bapa tentang kemajuan akademik anak-anak mereka, dan dengan ini ibu bapa dapat mengenalpasti setiap kelemahan dan kekurangan akademik anak-anak mereka sebelum menerima kad laporan sekolah anak-anak mereka. Ini akan membolehkan ibubapa memantau akademik anak-anak mereka dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memperbaiki prestasi akademik mereka.
.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        

Silibus
  • Meliputi 100% sukatan mata pelajaran dan silibus TERKINI Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Mengandungi lebih 750,000 bank soalan yang berkualiti dan sentiasa dikemaskini
  • Digubal oleh guru-guru pakar mata pelajaran dan penggubal kertas soalan.
 

Makin canggih..makin HEBAT! Pelbagai lagi penambahbaikan telah dilakukan....

page1     page2

page3     kssr

earabic

 

CIRI-CIRI UNIK OUTPUT  LEARNING SCORE A PROGRAMME:

SOALAN LAZIM SCORE A PROGRAMME OUT PUT LEARNING: 

Apakah Pembelajaran Output?

  • Pembelajaran Output ialah suatu kaedah pembelajaran yang melatih pelajar mengeluar dan menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari di sekolah melalui latihan-latihan yang disediakan di Score A Programme™.
 Kaedah Pembelajaran Output Tradisional i.e. Buku
    • Kena periksa jawapan sendiri
    • Tidak boleh mengulang soalan
    • Tiada pemantauan masa
    • Terlalu banyak buku latihan akan membebankan pelajar, dan
    • Tidak Interaktif  
~ Bukan tak bagus pembelajaran Output Learning secara Tradisional tetapi...zaman sudah berudah...naluri dan kehendak pelajar juga turut berubah selari dgn peredaran zaman.
 
Penyelesaian/Bantuan untuk Pembelajaran Efektif:
Apa itu eTopic?
eTOPIC:
•Soalan berdasarkan setiap topik /bab di dalam setiap subjek yang dipelajari.
•Markah lulus 80% iaitu A
Membantu pelajar memilih topik-topik tertentu yang telah dipelajari di sekolah untuk  
 mengukuhkan pemahaman mereka
•Penandaan adalah serta-merta
•Keputusan adalah serta-merta dan di hantar ke e-Report Card dan sms ke telefon bimbit ibubapa.
•Ini seterusnya dapat memberi peluang kepada ibu bapa untuk melihat kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik dan seterusnya memberikan bantuan yang sewajarnya

cthnya:
-Anak ke sekolah belajar input learning...cikgu ajar...kira macam ni...baca macam ni...eja mcm ni...
-Anak rasa dia faham akan apa yg diajar oleh guru disekolah...
- Balik rumah...lepas makan ...buat Score A bhgn eTOPIC pada topik yg dipelajari hari ini...cuba jwb soalan yg diberikan...
-Kalau anak faham dan SCORE...MAKNANYA anak kita faham akan bab yg diajar oleh cikgu di sekolah....
-Kalau anak tak faham topik yang sebelumnya, masakan bisa anak kita boleh faham topik yang seterusnya...logik kan!
-Ibubapa pun boleh rasa lega krn kini ANDA tahu KELEMAHAN PERMATA HATI ANDA!!!!!
Apa Itu eAssessment ?
eASSESSMENT:
•Soalan berdasarkan SUBJEK
•Direka bercorakkan "GAME"~ bagus utk anak-anak yang suka main game..errrmmmm
•Markah lulus ialah 80%...Secara psikologinya Score A Programme dah pun menerapkan di dalam diri anak-anak supaya target paling hampeh pun 80%...iaitu A.
•Mempunyai 3 tahap soalan (Set Soalan MUDAH, SEDERHANA dan SUKAR)
•Pelajar yang melepasi Tahap 3 (Set Soalan Sukar) dan mencapai Markah Minimum 80% ke atas berpeluang memduduki Carta 100 Pelajar Terbaik Seluruh Malaysia (Nationwide Honors Roll)~Bayangkan, ianya dapat membantu para pelajar & ibubapa menilai prestasi pembelajaran maklumlah..selama ini hanya tahu kedudukan dalam kelas atau dalam sekolah ajer...ni ranking 100 pelajar terbaik SAP (Score A Programme) seluruh Malaysia 

Apa Lagi Keistimewaan eTOPIC dan eASSESSMENT?
eTOPIC And eASSESSMENT
•Modul soalan Berkonsepkan Latih Tubi dan pengukuhan.
Pemeriksaan serta merta disediakan. Membantu menjimatkan masa ibubapa dan pelajar kerana tidak perlu menghabiskan masa untuk menanda setiap soalan yang dijawab oleh pelajar.~Ermmm tak payah ibubapa/pelajar nak kumpul-kumpul soalan yang dah dibuat dan check jawapan sendiri, kalau check pun belum tentu betul pun jawapan yang disedikan!
Kata-kata motivasi pun ada setiap kali pelajar dapat menjawab soalan dengan betul.Ini akan menjadikan pelajar lebih bersemangat untuk menjawab dengan betul.. ~Haaaa ni best sebab anak-anak ni perlukan peneman sebagai pemberi semangat...larat ker 30 soalan anak buat...30 kali nak tepuk bahu anak dan kata "good", "excellent" , "well done"?
•Membantu pelajar menjawab soalan dalam keadaan yang menyeronokkan.
•Tanpa disedari, pelajar semakin banyak membuat latihan.~Kalau cara tradisional kang, baru buat 2 mukasurat dah ngantuk, dah bosan...kalau dgn Score A Programme...hanya ada screen monitor ajer...

Apa itu eTRIAL EXAM?
eTRIAL EXAM:
Dicipta seolah-olah peperiksaan sebenar untuk membantu pelajar bersedia dan meningkatkan keyakinan sebelum peperiksaan sebenar.
•Melatih pelajar agar pandai mengurus masa dan terdedah dengan pelbagai bentuk soalan peperiksaan
•Keputusan adalah serta merta dan dihantar ke e-Report Card dan di sms kepada ibubapa.

eNATIONAL TRIAL EXAM
•Peperiksaan Percubaan secara ONLINE yang diadakan SERENTAK seluruh negara.

Apa Itu PAST YEAR EXAM PAPER? 
ePAST EXAM: 
  • Soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas disediakan khas untuk membantu pelajar mengenal corak dan bentuk soalan sebenar supaya pelajar mencapai kecemerlangan ‘A’; juga 
  • membolehkan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR/PMR/SPM berlatih menjawab kertas soalan peperiksaan sebenar tanpa had
  • Satu-satunya e-learning yang diberikan hak untuk menerbitkan kembali kertas-kertas peperiksaan sebenar UPSR dan PMR daripada tahun 1993 sehingga terkini manakala dari tahun 2007 sehingga terkini bagi SPM daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Apa Lagi Keistimewaan eTRIAL EXAM dan ePAST YEAR EXAM PAPER? 

eTRIAL EXAM AND ePAST YR EXAM:
•Modul soalan berkonsepkan peperiksaan.
•“Coundown Timer” berdasarkan jangkamasa peperiksaan sebenar. (buku tak boleh buat ni…)
•Pelajar akan sentiasa bersedia (exam ready) untuk menghadapi suasana peperiksaan yang sebenar.

Apa Itu eDictionary?
eDictionary/eKamus:
  • Eksklusif kepada pelajar program score A sebagai penterjemah kepada perkataan-perkataan yang tidak difahami oleh pelajar. 
  • Hanya perlu double clik perkataan yang tidak difahami.
  • Menjimatkan masa pelajar berbanding jika merujuk kepada kamus.
  • Terjemahan boleh dilakukan dalam 3 bahasa iaitu:
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Bahasa Mandarin
 Apa itu Carian PRPM-DBP Malaysia
  • Kerjasama hebat bersama DBP-Dewan Bahasa Dan Pustaka.
  • Carian mudah. Hanya taip dan klik ;masalah anda mengenai Bahasa Melayu akan terjawab. Cubalah ...
  • Terdapat beberapa kategori yang boleh diaplikasikan oleh anak-anak dan tak ketinggalan untuk kegunaan ibubapa/penjaga juga:
    • Kamus dan Istilah-Maklumat mengenai data kamus, istilah dan bahasa sukuan seperti kata, makna, peribahasa, contoh penggunaan, sinonim, antonim, istilah sumber, istilah sasar dan lain-lain.

    • Ensiklopedia-Maklumat mengenai Ensiklopedia DBP.

    • Peribahasa-Maklumat mengenai bidalan, pepatah, ayat atau kelompok kata yg tetap susunannya dan mempunyai maksud tertentu.

    • Panduan-Maklumat mengenai penggunaan bahasa Melayu dengan betul, kesalahan bahasa, penamaan khas, penukisan surat rasmi,lembar bahasa, dasar bahasa dan lain-lain.

    • Puisi-Maklumat mengenai puisi-puisi Melayu, gurindam, pantun, syair, nazam,seloka, teki-teki, mantera, teromba dan lain-lain.


Apa Itu eNOTES?
eNOTES:
•Nota ringkas dan padat
•Bagi membantu pelajar untuk mengulangkaji dan membuat RUJUKAN
•Berkonsepkan PETA MINDA.
•Ianya juga boleh dicetak.
Memandangkan ia boleh diakses secara online, ia boleh membantu pelajar untuk mengulangkaji pelajaran walaupun tanpa buku teks ataupun buku rujukan.

Apa itu SCORE A MAIL?

Score A Mail:

  • Satu applikasi mudah umpama Microsoft Outlook/ Gmail/Yahoo Mail utk anak-anak berinteraksi. Pendekatan berteknologi canggih untuk para pelajar meluaskan kenalan.

  • Selain itu... Score A Mail juga boleh digunakan oleh anak-anak/pelajar bagi membuat latihan karangan (BM)/comprehension(English).

  • Bagaimana ...prosesnya?Anak-anak /Pelajar akan memilih tajuk @ konsep karangan/comprehension dan menulis karangan tersebut di dalam ` New Message'. Setelah karangan tersebut siap dan sedia untuk dihantar...emailkan kepada marketing@kenshido.com.

  • Karangan pelajar tadi akan di print dan di semak oleh guru-guru yg telah dilantik Khas oleh pihak sykt ( Kenshido International Sdn Bhd) . 

  • Kertas semakan akan discan semula dan pelajar akan menerima kertas karangan/comprehension mereka dalam 48 jam dari tarikh email dihantar. SUPERB kan...!
Penyelesaian/Bantuan untuk Pemantauan Efektif:


Apa Itu ePROGRESS?

ePROGRESS:
•Merupakan kaedah pemantauan yang sangat efektif dalam membantu ibu bapa melihat perkembangan pelajar melalui latihan eTopic.

eProgress menunjukkan bilangan percubaan yang telah dilakukan oleh pelajar bagi setiap topik dan juga purata markah yang diperolehi. Ini dapat menunjukkan topik-topik yang didapati sukar dan seterusnya maklumat ini dapat membantu ibu bapa mengenal pasti topik-topik yang bermasalah dan bukannya mengkategorikan kelemahan mengikut subjek.

Apa Itu eREPORT CARD?
e REPORT CARD:
•Sistem Pemantauanoleh ibubapa (24 Jam/7Hari) pada BILA-BILA MASA dan DI MANA SAHAJA.
•Segala rekod latihan yang dibuat oleh pelajar disimpan di dalam Pengkalan Data dan boleh dipantau secara terperinci kekuatan dan kelemahan pelajar melalui ONLINE.
•Memudahkan ibubapa memeriksa prestasi akademik anak
•Membantu ibubapa memantau kekuatan dan kelemahan anak
•Mendapat tahu perkembangan anak pada bila-bila masa
•Membolehkan ibubapa memberi bantuan serta-merta.
•Tidak lagi sekadar mengharapkan report card daripada sekolah sahaja yang mana pada masa itu semuanya sudah terlambat.
•eREPORT Card juga boleh dicetak
 
 
Report Card Secara SMS:
Keputusan dari semua modul soalan yang telah dibuat oleh pelajar akan terus dihantar ke telefon bimbit ibu bapa serta- merta melalui SMS. 






Apa itu NATIONWIDE SCORE A TOP 100 STUDENTS?
  • Direka untuk memberitahu ibubapa tahap anak-anak mereka berbanding dengan anak-anak murid setaraf di seluruh negara.
  • Ini menggalakkan pelajar berusaha dengan lebih gigih supaya nama mereka dipamerkan didalam senarai penganugerahan ini.
                                                                                                                                                                    

 CIRI-CIRI UNIK INPUT  LEARNING SCORE A I-TEACHER:

Apakah Pembelajaran Input?
  • Pembelajaran Input adalah proses memasukkan maklumat ke dalam sel-sel otak anda yakni dalam kata mudah adalah proses memaham.












Ciri Unik I-TEACHER/ INPUT LEARNING
  • Animasi
  • Avatar Bijak
  • Penilaian Sendiri
  • On Demand Powerpoint Presentation

Apa Itu ANIMASI (Animation)?

  • Merupakan paparan animasi yang interaktif dan imej yang lebih jelas bagi memudahkan pelajar faham setiap topic yang dibaca.
  • Juga disediakan pautan (link) yang disambung kepada internet agar pelajar mendapat maklumat yang lebih mendalam.

Apa itu AVATAR BIJAK (Intelligent Avatar)?
  • Avatar Bijak adalah guru maya yang menjawab soalan-soalan asas yang biasa ditanya oleh pelajar.
  • Guru maya ini mempunyai suara dan imej yang mana seolah-olah pelajar berinteraksi sendiri dengan guru mereka semasa mengulangkaji pelajaran

Apa itu PENILAIAN SENDIRI?
  • Penilaian diri dgn maklumbalas automatik disediakan.
  • Terdiri drp contoh soalan dan disertakan maklum balas yg sesuai berkaitan penyelesaian atau jalan kerja yg betul bagi mempersiapkan pelajar menghadapi peperiksaan.

Apa itu ON DEMAND POWERPOINT PRESENTATION?

    • Pelajar disediakan denagn slide presentation powerpoint yang lengkap dengan audio untuk pemahaman yang lebih jelas.
    • Dengan adanya slide presentation ini, mudah bagi pelajar untuk mengulangkaji pelajaran secara imbas lalu.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------  


SCORE A -MATHVICTORY:  PEMBELAJARAN MATEMATIK YANG MENYERONOKKAN:
  • Program belajar secara tutor online YANG MENYERONOKKAN daripada Pakar Matematik, Cikgu Mac
  • Dirangka dengan teknik dan formula terkini untuk memudahkan kefahaman pelajar dari darjah 1 hingga tingkatan 5 yang berteraskan silibus terkini daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Tambah nilai dalam  persiapan peperiksaan UPSR,  PMR dan  SPM
  • Berlandaskan teknologi ‘Web Based Online Video’ dengan konsep Melihat, Mendengar dan Merasa
  • Memupuk Pelajar Generasi Digital lebih meminati subjek Matematik dengan lebih seronok dan mudah untuk dipelajari.
  • Dengan bantuan tool terkini daripada Score A ini ia akan menjadi pemangkin dalam membentuk pelajar cemerlang dalam menghadapi peperiksaan akan datang...yabedabeduuuuu
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
OPTIBERRY
  • Supplemen yang dicari-cari oleh para pelajar dan ibubapa/penjaga.
  • Berperisa anggur , manis ..gerenti anak-anak akn sukainya...
  • Mengapa perlu anak saya ambil optiberry? 
    • Jwpn: Antara KEHEBATAN optiberry adalah untuk kecergasan mata dan fungsi otak yang lebih dinamik.
    • Contoh: anak pergi sekolah untuk belajar, balik sekolah..ke sekolah agama juga untuk belajar, balik dari sekolah agama..buat kerja sekolah dan ulangkaji...aduuhhhh penat sungguh..tak masuk lagi jika perlu kelas tambahan ..disarankan ambil optiberry untuk anak kita bagi mengembalikan kecergasan dan kecerdasan otak anak-anak kita.
  • Optiberry untuk kanak-kanak sahaja ker? 
    • Tidak ia boleh dimanfaatkan oleh golongan dewasa juga. Dapatkan info seterusnya di PAGE Optiberry yer ( maaf masih dlm pembikinan) 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 RUMUSAN: ISI KEJAYAAN PELAJAR SCORE A

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk maklumat lanjut mengenai Score A Programme™, sila layari (klik la link yg disediakan untuk testing)

Untuk online demo Score A Programme™
Masukkan Demo ID: awie72


Score A Programme™ – 24 jam sehari, 365 hari setahun, bila-bila masa, di mana-mana jua !


Hanya dengan satu jam sehari, anda boleh mengubah prestasi anak anda menjadi jauh lebih cemerlang, gemilang dan berkeyakinan tinggi !